coretan terakhir untukmu ibu
ibu,
kau adalah wanita solehah
kau isteri yg mendengar kata suamimu
kau ibu yg berjaya mendidik putera
puterimu
kau paling cantik di mataku
kelembutanmu menyenangkan diriku
keikhlasnmu membuat aku tersentuh
kesunyian pasti terasa jika ketiadaanmu
oh ibu
pergimu tidak dijangka
pergimu kini untuk selamanya
ku terima pemergiaanmu seikhlas hati
kerna ku tahu ini takdir ilahi
rindu pasti menyelubungiku
makin terasa kehilanganmu
masih terdengar getaran suaramu
masih terasa nafas terakhirmu
ibu
pastinya tiada lagi gurau sendamu
tiada lagi nilai tawamu
tiada lagi pipi yg gebu untuk aku kukucup
aku hilang tempat mengadu
hanya kenangan lalu dapat ku kenang
ampunkan lah dosaku ibu
banyak salahku padamu
aku bersyurkur ibu
aku berada disaat akhirmu
aku gembira ibu
kerana dilahirkan sebagai permatamu
terima kasih ya allah
memberi ruang buatku
mendapat dakapan belaian mesra ibu
terima kasih wahai ibuku
menjagaku dengan sempurna
oh ibu puisi ini buat ibu
aku sayang kepadamu
doaku moga kau bahagia di alam sana
ibu.........................
kpd rakjan2 yg membacanya saya minta maaf la jikalau saya membuat anda nangis bkn niat saya nk bgy ampa nangis saya nk luahkan perasaan owang len yg tiada ibu,sekian wasalm



04:34
Mohd Izzuddin
,



0 Response to "coretan terakhir untukmu ibu"
Post a Comment